INFO ZMI

ZMI Management Sdn Bhd
ZMI Management Sdn Bhd dahulunya dikenali sebagai ZMS Management Services, kemudian di naik taraf pada 7hb Julai 2020 oleh pengasasnya Puan Zuliana Binti Mohd Saini.
ZMI Management Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengurusan perniagaan dan perakaunan yang bertauliah dari Institut Akauntan Malaysia/ Malaysian Institute of Accountants (MIA).
ZMI Management Sdn Bhd berpengalaman dalam membantu usahawan/perniagaan Enterprise/Sdn Bhd dalam proses penyediaan dokumen perniagaan, laporan kewangan, akaun, audit, percukaian, hal ehwal syarikat dan pengurusan sumber manusia sejak dari tahun 2016.
Tujuan utama penubuhan ZMI Management Sdn Bhd adalah untuk membantu usahawan/pemilik perniagaan Enterprise dan Sdn Bhd dalam hal-hal berkaitan pematuhan badan-badan berwajib seperti LHDN, SSM, KWSP, PERKESO dan lain-lain. Kami membantu dalam urusan penyediaan dokumen perniagaan yang lebih sistematik, penyediaan laporan akaun yang lebih tepat dan dipercayai, pemfailan percukaian, audit, hal-hal pensyarikatan dan pengurusan sumber manusia.
- Misi
Menyediakan perkhidmatan pengurusan perniagaan yang menjalankan kerja-kerja berkaitan pengurusan dokumen perniagaan, perakaunan, pengauditan, percukaian, setiausaha syarikat dan pengurusan sumber manusia, serta menyediakan khidmat dan kepakaran yang intensif dalam membantu sistem perniagaan/syarikat menjadi lebih berkesan dan bersistematik.
- Visi
Menjadi penyedia perkhidmatan bumiputera yang dipercayai terutamanya di kawasan Lembah Klang dan seluruh negara dengan menawarkan perkhidmatan pengurusan perniagaan secara menyeluruh dan berkualiti serta memberi khidmat nasihat bagi membantu meningkatkan pengurusan perniagaan/syarikat yang lebih bersistematik.
- Objektif
ZMI Management Sdn Bhd menjadi “One Stop Business Centre” kepada peniaga/usahawan yang memerlukan perkhidmatan pengurusan perniagaan dari segi pematuhan Undang-Undang Perniagaan dan Pensyarikatan, terutamanya bagi mematuhi pematuhan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
KENALI PERUNDING ANDA

ZULIANA MOHD SAINI
CHARTERED ACCOUNTANT
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (UiTM)
- Ahli berdaftar Institut Akauntan Malaysia/ Malaysian Institute of Accountants (MIA)
- Lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan
- Telah membantu ratusan usahawan/ pemilik perniagaan Enterprise/ Sdn Bhd dalam hal-hal berkaitan pematuhan LHDN, SSM, KWSP, PERKESO dan lain-lain.

YUSNOR AISYAA BINTI YUSOF
EKSEKUTIF KANAN AKAUN

NURUL JANNAH BINTI AMIR HASSAN
EKSEKUTIF AKAUN

HADZRATI BINTI ABDUL KARIM
EKSEKUTIF AKAUN

MURNI BINTI AB. RASHID
EKSEKUTIF AKAUN

NURUL KAMALIAH BINTI KAMARUDIN
EKSEKUTIF PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA